Posts

Ujian itu hadir untuk menguatkan kita

Image
  21/09/2021 Satu tarikh yang sangat cantik Allah pilih untuk bergerak ke bumi penuh sejarah itu.  Tarikh yang sangat mendebarkan bila fikir betul ke mimpi jadi realiti ni? Perjalanan pada hari itu adalah bermula dari Senai Airport ke Subang Airport pergi ke KLIA terbang ke Istanbul Airport dan seterusnya ke Konya Airport. 3 penerbangan untuk perjalanan yang mengambil masa hampir 36 jam itu.  Ketika itu, Malaysia masih lagi tidak membenarkan pergerakan rentas negeri dan negara. Bila nak check in di Senai Airport, polis minta surat kebenaran rentas negeri. Allah! dalam banyak banyak dokumen dah letak siap siap dalam beg, surat kebenaran rentas negeri tertinggal dalam kereta! Masa tinggal lagi 15 minit sebelum boarding gate tutup. Abah sendiri pergi ke Balai Polis di Senai Airport untuk isi borang permohonan kebenaran rentas negeri.  Sepanjang dalam flight dari Johor ke Kuala Lumpur ni habis meleleh je air mata bila tengok adik-adik balik rumah tapi Ummi Abah pergi han...

Perjalanan Menuju Bumi Uthmaniyah

Image
 13/8/2021 Hari yang paling excited bila dapat email dari Turkiye Burslari setelah 6 bulan penantian. " Alhamdulillah! Kakak dapat pergi Turki! " laungan di tengah malam ketika semua dah siap nak masuk tidur. Syukur tak terkata terus ku buat sujud syukur kerana Allah telah makbulkan dan berikan peluang ini yang sudah ku impikan sejak habis sekolah menengah lagi.  Ummi Abah yang sentiasa menyokong usaha anaknya ini juga sangat excited melihat anak sulungnya dapat tawaran sambung belajar di Turki. Adik-adik apalagi, mereka paling semangat katanya, " Nanti bolehlah kitorang pergi turki lagi sekali, pergi tengok kakak"  Mendapat berita ini, terus ku cari kenalan yang pernah pergi sambung belajar di bumi penuh barakah itu.  Selang beberapa hari selepas tu, jumpa group whatsapp yang mengumpulkan semua penerima biasiswa untuk tahun ni. Alhamdulillah mudah sikit urusannya.  Di awal perkhabaran ini, kami semua dimaklumkan mungkin kami akan mulakan pembelajaran secara onl...

MCO Journey

Image
Dengan wabak corona yang semakin menular, tiket penerbangan kami juga berubah rubah tarikh. yang asalnya 4/4, ditukar kepada 7/4, dan akhir sekali 6/4. Matsumoto-Osaka-Itami airport-Haneda airport-Narita airport -KLIA plan ni mcm sengaja kami amek jalan jauh sebab nak elak crowd dekat Tokyo yang mana jumlah kes lebih tinggi berbanding dkt Osaka. Tapi nak dapatkan satu plan ni, bermacam macam plan sudah dirangka. Berkat bantuan sahabat kami di Malaysia, beliau tlg uruskan pertukaran flight dan negosiasi dgn pihak airlines. sementara kami kerja 8am-5pm pada minggu terakhir itu untuk bantu selesaikan mana yang sempat. ceritanya, sblm smpi tarikh nak gerak balik tu, kami masih lagi kerja (intern) mcm biasa. dlm masa sama rasa serba salah dgn bos sbb byk kerja tak dpt diselesaikan sbb kami perlu balik Malaysia on the spot (atas nasihat universiti) banyak plan terpaksa dibatalkan dalam keadaan sebegini termasuklah jalan² Tokyo (homestay pon kami cancel booking), beli souvenirs, d...

Noktah

Image
Kemahuan atau keperluan? Sa tu cita-cita yang telah ditanam sejak tahun pertama di universiti.   'Aku nak merasa belajar luar negara' Maka, aku sentiasa cari jalan untuk pastikan aku dapat capai cita-cita ni sebelum graduate. Cubaan kali pertama, sewaktu tahun dua, aku hantar permohonan untuk menjalani program mobility di Indonesia selama satu semester. Namun, atas faktor keselamatan dan keadaan politik yang agak tegang ketika itu, permohonan aku tidak diterima. Datang satu tawaran lain untuk aku jalani program mobility selama dua minggu di Indonesia untuk menggantikan permohonan sebelum ini. Alhamdulillah syukur. Aku dan beberapa orang rakan terbang ke Pontianak, Indonesia pada Ogos, 2018.  Tahun seterusnya, aku masih mencari jalan untuk pergi belajar di luar negara. Tetapi aku telah diamanahkan untuk jaga kebajikan pelajar UPM. Tapi aku tidak jadikan itu sebagai alasan. Sebagai badan perwakilan pelajar, kami dapat tawaran...

Kerana ini jalanku

Image
“Kakak, kakak, jomlah kita pegi main taman.” minta si adik yang paling bongsu. Seperti biasa, aku sentiasa mencari alasan untuk tidak pergi ke taman. “Kakak nak kena masak makan malam la dik” ujar aku pendek. Terduduk diam si adik itu di tepi pintu. Tiba-tiba, datang lagi seorang adik yang minta perkara yang sama. Jam di dinding sudah pukul 6:15 petang. “Ada satu jam lagi ni sebelum maghrib” bisik hati kecil ku. “Kakak janganlah malas. Jomlah teman kitorang pegi taman. Ummi abah tak bagi pergi kalau takde orang teman” Datang dua orang lagi memujuk aku. Terus keempat-empat adikku merengek serentak menyebabkan rumah itu sangat riuh walaupun empat orang je. Tanpa fikir panjang, aku suruh mereka bersiap untuk pergi ke taman. “Hoooray!” Mereka bersorak gembira sebaik sahaja mendengar arahanku. Sambil melihat mereka bermain di taman permainan di depan rumah, aku dapat melihat wajah gembira adik-adikku yang jelas senyum di wajah dan mata masing-masing. “...

Aku Budak Baru Belajar

Image
Ku menyedari bahawa masih jauh bayang-bayang untuk kembalikan Khilafah Islam di Malaysia. Melihat situasi semasa masyarakat dari kanak-kanak, remaja, belia, dan orang tua. Tapi! aku tak mahu perkara ini dibiarkan begitu saja.  Jika dahulunya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menawan kota Konstantinopel ketika umurnya 19 tahun. Aku? Apa yang telah aku sumbangkan untuk umat ini? Maka, kini aku datang dan mencuba satu platform @ wadah lain yang jarang aku gunakan sebelum ini.  Mungkin sebelum ini orang lain sudah mencubanya.  Tapi aku tetap dengan tekad untuk bersama-sama mereka untuk mengajak manusia kepada jalan yang aku yakini melalui penulisan. Ya, aku bukanlah berasal dari keluarga sastera mahupun belajar dalam jurusan sastera.  Aku hanyalah seorang yang belajar untuk memastikan manusia mendapat sumber makanan seharian mereka.  Maka, mungkin ayat yang aku gunakan tidak sehebat orang sastera.  Tapi jiwa ini hanya mengharapka...